Nikah Gantung atau Nikah Khitbah adalah ikatan perkahwinan yang sah, walau pun tidak tinggal serumah

nikah gantung untuk elakkan zina

Nikah Gantung
Nikah Khitbah

tak perlu kad kahwin untuk nikah gantung

Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Kahwin Hamil
Soalan Lazim | Sekatan Imigresen: Semak status anda


Maksud Nikah Khitbah atau Nikah Gantung

Khitbah bermaksud pertunangan. Nikah khitbah atau nikah gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi nikah khitbah adalah pernikahan seperti pernikahan yang biasa, cuma tak ada kenduri dan pasangan masih duduk berasingan (sebab itu sering dipanggil nikah gantung). Bezanya, pasangan yang bertunang cara biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah nikah gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.

Zina Semakin Berleluasa

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai dikalangan remaja dan dewasa yang terlibat dengan zina. Ini dapat dilihat dari bilangan anak yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa nama bapa. Setiap anak yang didaftarkan tanpa nama bapa adalah anak yang dilahirkan diluar perkahwinan. JPN melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008 - tempoh 91 bulan. Ini bermakna bahawa purata lebih kurang 33,900 orang anak tak sah taraf dilahirkan setiap tahun, atau seorang anak tak sah taraf dilahirkan setiap 15 minit!

Kita tahu bahawa tak semua kes zina menghasilkan anak tak sah taraf. Mungkin dalam berpuluh kes zina, hanya satu yang berkesudahan lahirnya anak tak sah taraf. Dan kita tak tahu berapa ramai pula wanita yang hamil hasil zina, kemudian menggugurkan kandungan mereka. Ada juga yang berzina tapi bernasib baik - belum hamil. Yang lainnya pula mungkin mengamalkan salah satu cara perancang keluarga untuk mengelak dari hamil.

Jika ada 33,900 bayi tak sah taraf yang lahir dalam setahun, tentulah bilangan pasangan yang terlibat pun 33,900 pasangan juga. Dan jika satu anak lahir bagi hanya 15 pasangan yang berzina, ini bermakna bahawa 508,500 pasangan - atau lebih sejuta orang - hidup dalam zina! Amat jelas bahawa masalah yang dihadapi adalah besar! Nikah gantung adalah SALAH SATU cara yang dapat menyelesaikan masalah ini dengan berkesan, terutamanya di kalangan remaja.

Nikah Gantung di Malaysia atau Songkhla

Bagi mereka yang terlibat dengan zina, eloklah bertaubat dan kahwin dengan cara yang baik di Malaysia. Kalau terhalang untuk kahwin di Malaysia, kami boleh bantu untuk kahwin di Songkhla.

Bagi mereka yang belum berzina tapi merasakan desakan nafsu yang semakin susah untuk dikawal, kahwinlah segera. Tak kiralah kalau nikah khitbah, yang penting halalkan hubungan untuk mengelakkan zina.

Dokumen untuk Nikah Khitbah di Songkhla

Bagi mereka yang menghadapi masalah untuk kahwin di Malaysia dan memilih untuk kahwin di Songkhla, dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan
  • Pasport atau Border Pass
  • Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
  • Selain dokumen di atas, bawa juga videocam (kamera atau fon) untuk merakamkan akad nikah. Video yang terhasil akan menjadi bukti penting dalam mahkamah syariah nanti

Prosedur

Dua hari bekerja (Isnin - Jumaat) diperlukan untuk nikah khitbah di Siam. Selepas dua hari ini, pasangan akan pulang ke Malaysia membawa

  • surat nikah (dapat pada hari pertama)
  • surat pengesahan dari Majlis Agama Islam Songkhla (dapat pada hari pertama)
  • Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla (dapat pada hari kedua)

Konsulat Malaysia di Songkhla tutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari-hari cuti am Malaysia. Mereka juga tutup pada sebahagian hari-hari cuti am Thailand.

Surat dari Konsulat adalah penting bagi pendaftaran di Malaysia nanti. Surat ini adalah pengesahan wakil Kerajaan Malaysia di Selatan Thailand bahawa perkahwinan di Thailand itu adalah sah. Tanpa surat dari Konsulat, ada kemungkinan hakim mahkamah Syariah akan meminta bukti-bukti lain, termasuk meminta saksi-saksi hadir dalam mahkamah.

Pemilihan Tarikh

Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Sekiranya menghadapi masalah untuk pergi ke Songkhla pada hari bekerja, atau sukar untuk bermalam di sana, sila hubungi kami melalui telefon 010-3658513 atau 017-328 5129. Insya Allah, ada penyelesaiannya.

Lihat dulu Tarikh Cuti Thailand 2013 sebelum menetapkan tarikh untuk nikah gantung di Thailand.


Konsulat Malaysia Hubungi Kami

eXTReMe Tracker

Web Design & SEO Malaysia
Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.

Search Engine Optimization by ACDRA Web Design and SEO Malaysia