nikah di Pejabat MAIS, dibawa oleh agen nikah kat Thailand

Agen Kahwin Kat Thailand
Nikah di Thailand


agen kahwin di Siam
Carian Laman Nikah Siam
Cara Nikah di Thailand | Mengapa Pilih Kami | Hubungi Kami
Poligami Tanpa Kebenaran | Wali Enggan | Nikah Gantung, Nikah Khitbah | Nikah Hamil




pakej nikah di thailand


perbandingan kahwin di Thailand mengikut Wilayah

Agen Kahwin di Thailand

Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Kami menyediakan pengangkutan pergi-balik bermula dari Bukit Kayu Hitam di Kedah. Perjalanan dari tempat tinggal ke Bukit Kayu Hitam tidak termasuk dalam khidmat kami.

Dari Bukit Kayu Hitam, pasangan akan dibawa terus ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), yang terletak dalam masjid di Jalan Klonghae, Hat Yai.

Berikut ialah contoh jadual perjalanan:

    Hari Pertama
    Masa
    Perkara
    8:30 pagi
    Berjumpa di Bukit Kayu Hitam
    10:00 pagi
    Akad Nikah di Pejabat MAIS, Hat Yai. Seorang Naib Kadi akan menjadi jurunikah/wali hakim. Dua lagi Naib Kadi akan bertindak sebagai saksi perkahwinan.

    Jangan lupa membawa kamera atau videocam. Kami akan merekodkan upacara akad nikah itu.
    11:00 pagi
    Terima Surat Nikah dan Surat Pengesahan Nikah dari MAIS dan pergi ke Konsulat Malaysia di Songkhla
    12:30 tgh hari
    Serahkan surat pengesahan nikah dari MAIS kepada Konsulat Malaysia.
    1:00 tgh hari
    Jamuan Makan Tengah Hari di sebuah Restoran Islam berdepan pantai Songkhla (percuma untuk pasangan dan sehingga dua orang pengiring)
    2:00 ptg
    Check-in ke hotel di Songkhla atau Hat Yai, Bersiar-siar di Songkhla/membeli-belah di Hat Yai (sekiranya pasangan ingin berbuat demikian. Kos pengangkutan adalah percuma)
    4:00 ptg
    Kembali ke hotel untuk bermalam di situ


    Hari Kedua
    12:00 th
    Kami jemput dari hotel untuk makan tengah hari.
    1:30 petang
    Pergi ke Konsulat untuk mengambil surat pengesahan nikah yang ditujukan kepada Pejabat Agama di Malaysia. Surat pengesahan ini hanya dikeluarkan jika Konsulat berpuas hati bahawa perkahwinan adalah sah. Surat Konsulat ini diperlukan dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia nanti.
    2:30 petang
    Perjalanan balik ke Bukit Kayu Hitam

Khidmat selepas Pernikahan

Kami bukan agen nikah yang "lepas tangan" setelah selesai pernikahan kat Thailand. Selain membawa pasangan untuk berkahwin di Thailand, kami juga memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat untuk memudahkan proses pendaftaran pernikahan setelah kembali ke Malaysia nanti. Setakat ini, belum ada satu pun pasangan yang kami bantu yang menghadapi masalah dalam proses pendaftaran nikah di Malaysia. Khidmat nasihat yang kami berikan begitu rapi sehingga belum ada satu kes pun dimana agen atau saksi diminta hadir oleh hakim untuk memberi keterangan di mahkamah syariah. Semua perbicaraan berjalan dengan cukup lancar!

Dokumen Perjalanan dan Persediaan sebelum ke Thailand

  • Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat di Perlis, Perak, Kedah atau Kelantan boleh memasuki Thailand menggunakan Pas Sempadan
  • Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan dengan alamat selain empat negeri diatas perlu membawa pasport dengan tempoh sah tidak kurang 6 bulan dari tarikh perjalanan ke Thailand
  • Dokumen perjalanan diatas diperlukan untuk melepasi imigresen Siam dan juga sebagai bukti kepada Konsulat Malaysia dan Mahkamah Syariah bahawa pasangan benar-benar berada di Siam pada hari pernikahan itu
  • Bawa bersama kad pengenalan
  • Janda hendaklah membawa surat cerai atau surat kematian suami

Mengapa Pilih Khidmat Kami

  • Kami mempunyai kebenaran bertulis dari Majlis Agama Islam Songkhla untuk membawa pasangan ke sana untuk nikah
  • Perkhidmatan yang lengkap (bukan setakat surat nikah, tapi juga surat pengesahan nikah dari Majlis Agama dan Konsulat Malaysia, semuanya dalam tempoh dua hari)
  • Harga yang rendah berbanding agen nikah di Yala, Narathiwat atau Pattani untuk perkhidmatan yang lengkap sehingga mendapat surat pengesahan Konsulat Malaysia
  • Kami tidak meminta apa-apa deposit. Semua bayaran dibuat pada hari akad nikah
  • Tarikh nikah ditetapkan oleh pasangan sendiri. Notis setengah hari pun sudah cukup
  • Kami memberikan khidmat nasihat yang berkesan untuk tujuan pendaftaran nikah di Malaysia
  • Kami menyediakan makan tengah hari secara percuma kepada pasangan di restoran Islam yang berkualiti di pantai Songkhla
  • Kami membawa pasangan bersiar-siar dan membeli-belah di Hat Yai (jika ingin berbuat demikian) tanpa apa-apa bayaran tambahan untuk pengangkutan atau masa
  • Kami dapat dihubungi dengan mudah dan murah di Malaysia sepanjang masa - tak perlu membuat panggilan kos tinggi ke nombor telefon Thailand pada waktu siang atau malam
  • Kami akan mengembalikan sepenuhnya bayaran yang telah kami terima jika pasangan tak dapat dinikahkan atas apa-apa sebab setelah tiba di Thailand. Kalau terjadi begini, kos pengangkutan di Thailand pun kami akan tanggung

Hubungi Kami untuk kahwin kat Thailand!


kiri Agen Nikah Kahwin Thailand Hubungi Kami

eXTReMe Tracker
Suka Sama Suka

Copyright © 2010-2011 sukasamasuka.net. No part of this website shall be copied and published in any form without our written permission.