Hubungi Kami Tel: 010-365 8513 untuk kahwin di Thailand SEKARANG!!

Nikah Gantung atau Nikah Khitbah adalah gelaran bagi ikatan perkahwinan di mana pasangan belum mengadakan walimatul urus atau kenduri kahwin dan belum bersatu atau tinggal serumah atas sebab-sebab tertentu. Hukum nikah gantung adalah sah. Perkahwinan begini tidak dirahsiakan dari keluarga atau masyarakat. Sebaliknya, dilakukan dengan persetujuan keluarga. Akad nikah berlangsung dengan izin wali. Kalau pernikahan sengaja dirahsiakan dari wali atau kerajaan, maka pernikahan itu dipanggil nikah siri, bukan nikah khitbah.

Maksud Nikah Gantung atau Nikah Khitbah

Khitbah bermaksud pertunangan. Nikah gantung menyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah. Tapi perkahwinan khitbah adalah perkahwinan yang memenuhi syarat pernikahan yang biasa (maka hukum kahwin khitbah adalah sah), cuma tak ada kenduri kahwin dan pasangan masih duduk berasingan. Pasangan yang bertunang cara biasa masih perlu menjaga had-had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah. Tapi pasangan yang telah kahwin gantung adalah pasangan suami isteri yang sah.

Bajet nikah gantung sudah tentu saja rendah berbanding nikah biasa disebabkan belum ada kenduri kahwin. Ini salah satu sebab nikah cara ini harus digalakkan bagi golongan yang belum mampu untuk nikah seperti biasa.

Nikah gantung bukan nikah yang dirahsiakan. Sekiranya berlangsung tanpa pengetahuan ibu bapa, maka ia tergolong dalam Nikah Siri, dari perkataan Arab, sirri yang bermaksud rahsia. Pasangan yang nikah siri akan merahsiakan pernikahan mereka dari Pejabat Agama atau dari keluarga, terutamanya wali pengantin perempuan.

Nikah Gantung Menurut Islam

Walaupun tiada istilah nikah gantung dalam Islam, ia memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, maka hukumnya adalah sah.

Kelebihan Nikah Gantung berbanding Bertunang

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin (gantung) tapi tak boleh dilakukan oleh pasangan yang cuma bertunang. Di antaranya:

Sering kita lihat pasangan yang bertunang pergi berdua ke sana-sini tanpa larangan. Disebabkan mereka telah bertunang, keluarga mengizinkan mereka berdua. Tapi, pasangan yang bercinta begini tinggi risiko akan melakukan sesuatu yang hanya dibenarkan untuk pasangan suami-isteri. Inilah salah satu keburukan bertunang. Sebaliknya, pasangan yang telah nikah gantung boleh tidur bersama secara sah. Tak ada halangan dari hukum syarak. Dan tiada keburukan nikah gantung berbanding bertunang.

Syarat & Cara Nikah Gantung

Tak ada bezanya prosedur dan syaratnya berbanding pernikahan biasa. Rukun nikah perlu dipatuhi:

Yang membezakan nikah khitbah dari perkahwinan biasa ialah pasangan tidak tinggal bersama dan kenduri kahwin tidak diadakan sehingga pasangan bersedia untuk tinggal bersama seperti pasangan lain, atau berlaku senggama diantara mereka.

Dalam pada itu, pernikahan di mana pasangan tidak tinggal bersama tetapi mereka melakukan senggama dipanggil nikah misyar. Perkahwinan misyar pun memenuhi syarat-syarat sah nikah dan sering berlaku dalam poligami dimana isteri pertama tidak diberitahu tentang kehadiran isteri kedua.

Hukum Nikah Khitbah

Oleh kerana perkahwinan ini memenuhi semua syarat sah nikah, maka hukumnya ialah sah.

Rasulullah dan Aisyah pun telah nikah khitbah untuk tempoh selama hampir 3 tahun. Maka ini membuatkan hukum nikah khitbah bukan saja sah, tetapi juga sunnah.

Kebaikan Nikah Gantung

Seruan saya kepada golongan remaja: Kalau sudah mula merasakan susah untuk mengawal diri dari melakukan zina, tapi belum mampu untuk hidup berumah-tangga, pilihlah untuk nikah khitbah sebelum berlaku zina.

Zina adalah dosa besar. Melahirkan anak luar nikah bukan saja memalukan diri sendiri, tapi juga memalukan keluarga dan menganiaya anak luar nikah itu sendiri. Bagaimana untuk menjelaskan kepada anak itu tentang namanya yang tidak berbin atau binti kepada ayahnya? Bagaimana untuk menjelaskan kepada anak perempuan mengapa ayahnya tak layak menjadi walinya?

Kalau belum boleh hidup bersama dengan pasangan, pilihlah untuk nikah gantung, bukan berzina.

maksud istilah <i>nikah gantung</i>


Hubungi Kami untuk Kahwin di Thailand!